Monday, July 4, 2011

When People Start Asking About U

 Suburkan kebun imanmu..

Situasi 1

Disuatu pagi raya yang indah. Sewaktu beraya di rumah sanak saudara.
"Ha, ni dapat duit lebih sket. Kamu dah tingkatan berapa skg?"
"Erk...saya skg blaja kat U, mak cik"...(muda sgt ke saya ni???huhu)

Situasi 2

Disuatu petang yang damai, sewaktu meng'check' duit MARA dah masuk ke blum kat ATM.
"Bru balik keje ke dik. Keje kat mana?"
"Eh, xdelah pak cik..Saya blaja lagi. Nu, kat hospital tu" (ok, nmpk matured dah kot)

Situasi 3

Disuatu tengahari yang meriah, sewaktu memenuhi undangan perkahwinan saudara.
"Ya Allah, dah besar anak kau Ta. Dah kawen ke blum?"
--erk, mak cik ni biar betul. (bermonolog sendirian)

Situasi 4

Disuatu petang yang ceria, sedang leka mendodoikan baby sedara yang baru dikenali. Tiba2 ditegur oleh seorang nenek saudara yang dah lama xjumpe.
"Baby dah pandai buat apa sekarang?"
"Erk...hm..Nek, ni bukan anak saya. Saya tlg jaga kejap je. Mak dia ada keje"  (-_-)"

______________

Huh.. Mesti penatkan nak menjawab.. Ni blum lagi yang kes, pegi kedai sport untuk beli badminton. Boleh pula, tauke kedai tanya "Nak beli badminton untuk anak ke?".. (p/s:jgn marah ye cik oreo).. Aduh... Semua soalan yang tak diiktiraf oleh lembaga peperiksaan Malaysia.
Jadi, apakah itu petandanya??? Bak kata Nabil "Lu pikirla sendiri"..
Apa-apa pun pandangan anda, kamu dan mereka, apa yang nak disampaikan disini :
" Setiap saat yang berlalu tidak membuatkan usiamu semakin muda, usia berlari seiring dengan peredaran waktu" 

Adakah umur yang berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan-Nya atau sebaliknya?
Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah mencukupi untuk menjamin kita ke syurga?
Adakah kesempatan masa yang Allah anugerahkan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya?

Tiada manusia yang sempurna. Namun, insya-Allah dgn akal dan iman yang ada, kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan. Mudah-mudahan kita sama2 dapat memanfaatkan nikmat umur yang ada. Disinilah tempatnya untuk kita membina kebun iman sebelum dituai kelak. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan. Wallahualam..


~ mujahadah itu pahit kerana SYURGA itu manis


5 comments:

the person who cares said...

eh,mcm kenal je sape yang da ade anak kat kdai badminton tu..;)..yang latest pulak bile jmpe kengkawan mak dorang tanye :"ni ke yang kawen aritu?".."hee,bukan la mcik,yang kawen tu kakak~"..:)..mugkin gaya da ada.hi3(*gelak sopan)

حكيمه خانئ said...

macam kak areen pernah cakap;

takuttt sangat nak menghadapi hari tu yang konfem2 berlaku, cuma kte tak tahu. takut sangat nak hadapi hari tu dengan keadaan takde bekal!

analoginya- mcm lecturer kata nak buat exam, tapi dia tak nak bagi tau tarikh.

sangat berdebar. semua orang mesti pun pulun study. sebab takutt sangat nak sit for exam yang kita tak tahu bila tu, dengan keadaan tak baca apa2!

tapi kenapa, kadang2 kte tak rasa berdebar pun nak hadapi yaumul hisaab, sedangkan Allah kata hari tu konfem ada punya! huu. takut

jazakillah for reminding :)

ps; bila dah 'besar' ni, mmg ramai yg tak tau nak agak2 umur kte berapa kan. hehee

Allah servant.... said...
This comment has been removed by the author.
Allah servant.... said...

kimah: yup, betul tu kimah..padahal tulah saat yg pasti.saat jiwa2 dibangkitkan dan dihisab amal2nya..

hm,ssh btul nak rase takut utk hadapinya except kalau kite ni ditimpa sakit..time tu barulah ter gadah nk buat amal..bile tgk patient, rase terketuk jg diri sendiri ni..(~_~)

mungkinkah sebab penyakit wahan semakin menular dlm diri..nauzubillah..

the person who cares said...

hee.nak take turn tu lambat lagi,tggu tirah dulu laa..tapi kan,apa pun kita,dan apa pun "status" kita,matlamatnya tetap sama..;)

p/s : bila bangun pagi2 rasa syukur sgt2 sbb masih lagi diberi hari yang baru untuk kita menambah ilmu dan amal.Alhamdulillah.