Dakwah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri. Dakwah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Dakwah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join. Yang penat, bersusah payah, elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami, yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
Yang cepat mengalah, yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain. Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’dan usrah hanya kerana nak disebut sebagai orang yang ditarbiyah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh. Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Dakwah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information. Dakwah bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Ingat…
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara. Cuma, tanpa tarbiyyah,tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti…INGAT TU.
Tak mengapa...
Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.
Buat peringatan diriku yang sering beralasan.. Kerap menuturkan,
"saya busy...saya penat..saya pening..saya dah nak exam..xpe, next time insya-Allah ada program lagikan..jauh sangat nak pegi..saya baru je nak cuti balik umah, kos medic ni tak banyak cuti...etc"
Adakah ini petandanya aku MANJA? Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk terus diatas jalanMu..shared from: iqomatuddin.blogspot.com



4 comments:
salam. awakk. ni related jugakk
:)
http://muharikah.com/archives/184
wsalam..thank kimah..terkesan dgn kisah tu..nak dibanding dgn situasi kita ni jauh beza ksshn mrk,,kdg2 kte nk korbankan masa skt pn susah..(berckp utk diri sndiri)..
huuu. kan! segan kot. tak tahu nak nyorok diri sendiri dekat mana. malu sebab tak ber'kerja' macam dorang!
jom kte make a difference bila dah masuk year 4 ni awak.... inshaAllah
sgt malu..even, kdg2 nk post anything pasal dakwah pun takut2 juga..sbb diri sendiri pn up and down..
insya-Allah kimah..sme2 kite saling mengingatkan..agak2 nampak sy dh weng, cpt2 bg sy 'barbiturat'...(^_^)
Post a Comment