Alhamdulillah..
Hampir genap sudah percutian dan kerehatan mindaku untuk kali ni.. Insya-ALLAH next week, tahun ke-4 pembelajaranku bakal bermula, yang sudah semestinya menghidangkan rencah2 kehidupan yang lebih mencabar. Namun, tetapla yakin akan janji-janjiNya.
"If Allah bring us to it, He will bring us THROUGH it!"
Sebagai 'mukadimah' sem baru ni, saya ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada kata-kata dan kelakuan yang menyingung hati sahabat2 samada sedar mahupun tidak sepanjang perkenalan kita. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat kalian. Semoga, hari-hari yang mendatang ini akan lebih mengukuhkan ukhuwah dan kasih sayang antara kita, lillahitaala.. Insya-Allah.
Lets, renew our nawaitu...And start with positive beginnings...
~ mujahadah itu pahit kerana SYURGA itu manis





No comments:
Post a Comment