Sick tooth..=(
Alhamdulillah..
Setelah beberapa kali buat appoinment dgn doktor gigi sejak 2 tahun lepas, akhirnya terlaksana juga hajatku. Tapi bukan dgn doktor kerajaan la, sebab appoinment dgn doktor gigi kerajaan dapat masa kene daftar masuk U nanti. Nak tak nak, terpaksala pergi klinik gigi swasta. Yela, mane tak nye, lubang yang hanya sekecil kuman dah jadi sebesar lubang tikus..(aik besarnye =) Huhu.. kalau tak emergency macam ni takde maknanya trah nak membuang duit kat klinik swasta. Dekat RM100 lebih melayang gitu je. Tu baru 2 tampalan...buat duit betulla doktor gigi ni. Tapi takpela, everything just going fine. Credit to the doc.
Bercete tentang doktor gigi ni, teringat pula time zaman sekolah rendah dulu. Sejak kecik dulu, doktor gigi la ranking yang paling ditakuti setelah nurse yg dtg untuk cucuk BCG. Masa tu, trah tak tau lagi yang sebenarnya trah ada masalah 'fobia dgn needle' (p/s bukan jarum jahit baju ye). Nak dijadikan cete, masa 1st posting dlm medical ward, first time tengok doc pasang branula. Ya Allah, ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa jg. Ha, macam tula yg jadi. Patient tu yg menahan sakit, dgn trah plak yg lebih2 nak pitam dibuatnya.
"Oh my God! Its look scary. Plez, go away from me.."
Tiap kali, jarum branula masuk ke tangan patient, "OMG, its something scary!".. Mulala naik seram sejuk seluruh badan pastu mata dah rasa berpinar2 menunggu rebah ke lantai je. Alhamdulillah kaki masih tetap kuat berjalan mencari destinasi untuk landing. Kalau tak, silap hari bulan ada plak yg kene tumpang katil patient..hehe. Btw, Thanks to d doc n groupmate...
But in the end, alhamdulillah selepas hampir 2 bulan berhadapan dgn org kene cucuk san sini, fobia tu dah hilang. Dan trah pun dah boleh cucuk org. Hehe..=) Yang peliknya, trah tak pulak fobia dgn darah.. Alhamdulillah bagusla tu, tak perlu trainning for facing d blood..
Insya-Allah, kalau ada kawan2 yg ada fobia cube amalkan ayat ni.
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
Ayat ni adalah sebahagian dari Ma'thurat. Yang paling penting, letakkan keyakinan kita pada Snag Pencipta. He will help us to face everything in our life. Insya-Allah, sama-sama kita, "selamat beramal dan renung-renungkan"..=)




No comments:
Post a Comment