Monday, December 31, 2012

Aku yang alpa

Bismillahirrahmannirrahim..

Al-fatihah..buat saudara2 seislam seluruh dunia..
Semoga pembukaan tahun baru masihi ni akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah, Allah masih lagi berikan kita peluang utk meneruskan kehidupan ini, masih tak putus2 dgn rahmat dan kurniaan-Nya. Namun, bukanlah bererti utk membiarkan kita hidup dlm kesenangan dunia namun utk memberikan kita peluang utk kembali pada Dia. Bertaubat atas setiap dosa dan kesalahan samada yg terang atau tersembunyi, yg tersengaja atau terlalai. Subhanallah, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, dengan bermulanya tahun 2013 ini, maka bermulalah counting days utk Profesional Exam kami. Aura exam semakin terasa. Mulala pelbagai cita dan rasa bermain dalam hati dan fikiran. Kegelisahan dan ketakutan mula menyelubungi diri.

Namun, wahai diri yg alpa,
Lupakah kamu bahawa ini hanya ujian dunia? Adakah ini matlamat hidupmu yg satu? Adakah ini yg kamu cari dalam hidupmu? Lupakah kamu pada ujian akhirat dan saat kematian yg tak pasti? Mana satukah yg lebih kamu sediakan diri utk hadapi? Ujian dunia atau akhirat? Andai kamu katakan, kamu tak bersedia utk hadapi ujian PRO exam walaupun telah berbagai usaha yg dilakukan, Maka adakah kamu sudah bersedia utk menghadapi ujian akhirat yg satu persediaan pun belum tentu dilaksanakan?

Astaghfirullah. Terlalu jauh aku dari-Mu ya Allah. Sedangkan bukan aku tidak pernah mengetahui akan semua itu. Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan redha-Mu. Andai ini yg terbaik untukku, maka kuatkanlah langkahku untuk terus bermujahadah. Ampunkan dosa2 kami dan bantulah kami untuk memperbaiki diri dan hati. Kuatkanlah cinta kami pada-Mu.

Selamat Datang 2013.

No comments: