Friday, November 23, 2012

Hijrah Cinta-Mu

Alhamdulillah.. bersyukur pada Allah atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?


Disuatu pagi yang mendamaikan, bersyukur pada-Nya kerana masih diberikan peluang untuk menatapi ayat2 indah cinta-Mu. Ya Allah, tak tergambar betapa banyak anugerahmu yang kami telah lupa untuk disyukuri. Malah, semakin hari semakin banyak pula rungutan2 atas ujian yg Engkau berikan tanpa kami sedari bahawa sesungguhnya setiap ujian itu samada ujian kesusahan mahupun kesenangan adalah nikmat tarbiah yg berharga dlm kehidupan. 

'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.'

Apabila berbicara tentang nikmat kurniaan-Nya, kita sering kali mengaitkannya dgn 'dimurahkan rezeki'. Dengan sesuatu yg menyenangkan hati kita, tapi kita terlupa bahawa sesungguhnya nikmat kesusahan itu juga adalah kurniaan dari Allah juga agar kita sentiasa berada dlm keadaan 'harap dan cinta' kpd Allah. Adakah waktu lain yang lebih men'spiking'kan level cinta kita pada Dia selain dalam waktu kesusahan? Waktu dalam kesenangan, memang tak dapat dinafikan pasti ada yg mampu memaintainkan level spiking cinta pada Allah, tapi jujurlah pada dirimu. Waktu mana yang lebih menguatkan rasa harap dan cintamu pada Dia??? Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga kita sentiasa dalam dakapan cinta-Nya.

Ya Allah, betapa lemahnya diriku ini. Tuhan, baruku sedar indahnya nikmat ujian-Mu itu. Sesungguhnya, Engkau menguji hamba-Mu mengikut kemampuannya. Alhamdulillah, apabila kita sentiasa bersyukur dan bersabar dengan setiap ujian-Nya, pasti dan pasti Allah akan mencampakkan suatu anugerah yang tak pernah kita sangka2. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ya Allah pimpinlah kami ke jalan redha-Mu.


Hijrahkan cintaMu kepada Allah ~ 
10 Muharram "selamat berpuasa"..

No comments: