Wednesday, January 30, 2013

Rabbi yassir wa la tu' assir


Rabbi yassir wa la tu' assir...
(ya Allah permudahkanlah ia bagiku)

Alhamdulillah, Allah bangunkan aku awal pagi ni untuk berdua-duaan dgn Dia. Hari ini adalah exam posting paediatrics yg memang terkenal dgn highest failure rate. Bangun je dari tidur, terasa jantung berdegup kencang. Hm, dlm hati cuba memujuk diri, 'Ya Allah, ni hanya ujian dunia'. Selesai mempersiapkan diri dgn kekuatan rohani dan jasmani, mula memandu menuju ke hospital. Jalan jem betul hari ni, maklumla kebanyakan posting final year exam hari ni. Huih,,berderet kereta beratur memasuki simpang ke hospital. Kebanyakannya, wajah2 yg kukenal. Semoga Allah permudahkan semuanya, sahabat.



Sampai je kat hospital, tiba2 rase ringan je tangan ni. Mulalah fikiran mencari-cari apa yang tak kene ni. Ya Allah, bila tgk kwn2 sekeliling dgn alat2 mainan ditangan, barula teringat. Developmental assesment kits aku tertinggal kat kolej! Ya ALLAH, memangla sangat mengelabah time tu. Nak patah balik kolej dah tak sempat ni, jam hampir menunjukkan pukul 8. Bila2 masa je nama aku boleh dipanggil, plus memang name list aku candidate yg awal2. Mase tu mmg istighfar jela yg termampu. Tnapa berfikir pjg, trus kol housemate.. Dua tiga kali kol, xberangkat. Akhirnya roomate tersyg jwb kol. Alhamdulillah, minta tlg diorg antakan assesment kits tu ke hospital memandangkan diorg tak exam lagi hari ni. Terima kasih yah dan mazia!!! Semoga exam korang esok dipermudahkan semuanya. 

Developmental assessment kits


Begitula kisahnya. Bila time2 exam ni, ada2 je benda nak jadi kan. Time2 nak exam ni lah nak tertinggal barang. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mari muhasabah diri. Mudah2an lepas ni tak cuai lagi. Apa-apa pun, aku bersyukur Allah mempermudahkan urusanku. Sesungguhnya, hanya pada-Mu tempat aku mengadu dan memohonkan pertolongan.Cukuplah Engkau bagiku.






~teruskan melangkah walaupun payah..kerana dihadapanmu akan sentiasa ada Dia..yakinlah!





No comments: