Wednesday, June 22, 2011

Kifarah Dosa


Alhamdulillah..
"Tidaklah orang Muslim ditimpa ujian berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
    (HR. Bukhari-Muslim)

          Fitrah dunia, makhluk mana yang tak pernah sakit. Even, bumi pun boleh sakit kerana perbuatan tangan2 manusia inikan pula diri manusia tu sendiri. Kalau sebelum ni, duk kat hospital hari2  berhadapan dgn org sakit sampai kadang2 kita pun naik sakit. Alhamdulillah, kali ni is my turn =) Semoga ini adalah teguran Allah buat diri yang sering alpa ni. Ya Allah, ampunilah dosa yang mungkin tanpa sedar telah kulakukan.

       Terkenang aku pada seorang pak cik masa posting surgery dulu. Kasihan aku melihatnya. Dia menghidap esophageal cancer. Dah berbulan bulan lamanya sukar utk dia menelan dan sekarang even saliva (air liur) pun dia tak boleh telan. Disebelah katilnya tersedia sebuah bekas utk dia meludah. Diperutnya, tersambung gastrostomy tube yang digunakan for feeding. Tubuhnya kurus kering, badan lemah tak bermaya, namun senyuman ikhlas tak pernah lekang dari wajah tuanya. Malah tiap kali aku mendekati, pasti ada saja mutiara kata buat kami. Walaupun kadang kala sedang bertarung menahan kesakitan yang amat, dia tak pernah marah2 jauh sekali merungut.

        Apa khabarkah pak cik sekarang? Last pertemuan dengannya, time before exam hari tu. Masa tu pun, dia baru bersiap sedia utk menjalani pembedahan. Sempatlah aku bergurau senda dgn pak cik. Dan sempat juga dia meniupkan kata2 semangat buat kami agar berjaya kelak. Pak cik kata, lepas dia pulih nanti dia takkan tolak setiap rezeki yang datang. Padanya, cukuplah dia merasa bagaimana hebatnya bila nikmat untuk makan itu hilang. Walau berlainan agama, pak cik sempat juga minta kami doakan agar dia sembuh dari Allah. Semoga Allah membukakan hatimu untuk Islam.

Nah, benarlah ada yang mengatakan:
Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan.


         Bagaimana agaknya kita bila ditimpa kesusahan atau kesakitan. Jauh aku termenung. Belum tentu aku akan setabah dan sekuat pak cik. Tapi, alhamdulillah. Sebagai seorang islam, kita ada banyak kelebihan, sebab kita ada Allah. Bertuahnya kita menjadi seorang muslim, sakit saja tertebus dosa-dosa kecil. Syaratnya, mestilah kembali kepada Allah, hadapi segalanya dengan redha tanpa rungutan mahupun keluhan. Wah, cakap senanglah kan, yang menanggungnya si tuan badan =) Biasalah, kita manusia. Istighfar dan doa banyak2, mudah-mudahan Allah berikan kita kekuatan untuk menghadapi segala mehnah dunia. Sesungguhnya, Allah sentiasa menunggu-nunggu doa hambanya.

" Tetapi mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan kerendahan hati ketika siksaan (ujian) Kami datang menimpa mereka?...." (Surah Al-An'am: 43)
Sabarlah duhai hati.

" Demi sesungguhnya, Kami akan  menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar " ( Surah Al-Baqarah: 155)


~ mujahadah itu pahit kerana SYURGA itu manis

No comments: