Wednesday, June 15, 2011

Barakallah...

      Ya Allah! Syukur kerana Kau pertemukan aku dengannya setelah sekian lama terpisah demi mencari ilmu-Mu.. Sungguh, aku sgt bersyukur pada-Mu.. Tatkala hati ini diasak kerinduan pada kenangan persekolahan, Kau ubati rindu itu dgn pertemuan ini. Subhanallah.. Tak tergambar rasa syukurku pada Mu. 

     Masih terngia-ngia lagi di telingaku perbualan nakal antara kami berempat sewaktu lower form dulu."Ha, nnt kite tengokla sape kawen dulu." Pecah derai tawa kami serentak.. Seolah-olah peristiwa itu baru saja berlaku. Tersenyum aku dibuatnya setiap kali teringatkan peristiwa zaman sekolah. Memang kami berempat sangat akrab. Malah dah macam adik beradik lagaknya =) Ah, rindunya aku akan saat-saat tu. Andai masa boleh berputar kembali, alangkah indahnya zaman kanak2 ribena kami..

"Dah mintak izin kat cik abg tak nak kuar jumpe saye ni?" usikku padanya. Alhamdulillah, akhirnya sahabatku seorang ni telah melangkah masuk fasa ke-2 daripada 7 fasa dalam maratib amal iaitu pembentukan keluarga muslim.

" Barakallahu lakuma wa baraka alaih. Moga maratib yang dituju menghasilkan rijal-rijal dinullah. Moga Allah kuatkan hatimu dgn tanggungjawab sebesar dunia, dijanji ganjaran seluruh akhirat.. Ameen.. Insya-Allah."


“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, sehingga kamu merasa tenteram (sakinah) dengannya dan dijadikanNya diantara kalian rasa cinta dan kasih sayang (mawaddah wa rahmah). Dan di dalam itu semua terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar-Ruum:21).
~mujahadah itu pahit, kerana SYURGA itu manis

No comments: