Alhamdulillah ala kulli hal...
Tiada kata yang mampu dituturkan. Tiada ayat yang mampu diungkapkan. Hanya Allah yg tahu apa yg bermain jauh dilubuk rasa hati. Setelah kian lama ditemani hujan air mata, Allah berikan pelangi buatku. Pelangi yang sebelum ini kusangka takkan muncul lagi.
Walaupun jauh disudut hati, terlalu banyak yg terpendam. Terlalu banyak yg menjadi rahsia antara aku dan Dia. Cukuplah Allah tahu. Biarkan ia hilang, biarkan ia menjauh, biarkan ia musnah seperti musnahnya harapan-harapan palsu itu. Aku tak perlu tahu sedikit pun tentang itu lagi. I have to move on. Terlalu sakit untuk diingati, terlalu pedih untuk diulangi. Namun aku redha, kerana aku yakin pada janji-janjiMu dan aku tahu semua yg berlaku adalah balasan atas kelalaian hambaMu ini. Ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH...
Alhamdulillah.
Oh ALLAH, You give me courage and hope to move on. You make me realized that Your love is greater than everything.
~ 1 Muharam ~
Belajar REDHA dlm mengharungi ujian,
cuba menjadi BAHAGIA walau sedang berduka,
kerana ada CINTANYA disitu bersama UJIAN yang kita lalui..
Ya Allah, aku juga ingin rasa bahagia.



No comments:
Post a Comment