Ramadhan Kareem! Kullu' am wa antum bi kheir!
( Ramadhan yg mulia, semoga sepanjang tahun kamu dalam keadaan baik)
Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi ditemukan dgn Ramadhan tahun ni malah ianya telah menghampiri penghujungnya. Mungkin inilah Ramadhan terakhirku sebagai seorang pelajar, Insya-Allah jika ditakdirkan Allah untuk berjumpa dgnnya lagi ditahun hadapan. Mungkin bukan sebagai seorang pelajar lagi, tetapi sebagai seorang HO yg sgt bz dgn kerja.
Time tu, mesti sume benda terkejar2 nak buat. Terawih mungkin xdapat consistent berjemaah, reciting Al-Quran juga mungkin tak sebanyak mana, iktikaf pula? jgn kata iktikaf, qiamulail pula bagaimana, masih laratkah badan yg mcm zombi tu nanti??
Tapi persoalannya sekarang.. Betul ke akan dapat jumpa Ramadhan tahun depan??? -__-"
Jadinya, untuk sisa2 Ramadhan yg hanya tinggal beberapa hari ni, jom kita same2 memperkasakan iman dan amal. Mudah-mudahan inilah Ramadhan terbaik yg dapat kita persembahkan kelak andai inilah Ramadahan terakhir kita. Wallahua'alam.
"Saat anak bulannya menampakkan diri, Mengingatkan daku berbagai memori
dan kenangan, Umurku berlalu dan ianya sentiasa bertakhta dihati"



No comments:
Post a Comment