Sunday, June 10, 2012

Parenting skill

kakak..kakak..kakak..kenapa macam tu..
kakak..kakak..kaka..nak masuk juga..
kakak..kakak..kakak..

Masih terngiang-ngiang digegendang telingaku, suara2 manja adik2 kem motivasi semalam.. Rindukah??? hurm, mungkin juga.. Rindu walaupun kepenatan melayan karenah sorang2. Merindui wajah2 suci itu!

Perancangan asal yang direquest pihak masjid ialah kem motivasi remaja.. Tup, tup yang datang kanak2, makanya jadilah 'Kem Motivasi Kanak-kanak'.. Hehe.. Kenangan yang paling tak dapat dilupakan.. Hari pertama menjejakkan kaki ke masjid tu, masing-masing hanya mampu tersenyum dgn lidah yang kelu bila melihat para peserta berkejaran, bertumbukan, bertangisan, berjeritan dan sebagainya. Demi memujuk hati2 yg terkejut itu, objektif kem ditambah lagi satu point which is 'Parenting Skill'. We are planing, and He did the best planning for us =)

Bermulala detik2 indah bersama anak2 mentah yg petah dan mencuit hati itu. Alhamdulillah, anak2 solehah ada 12org peserta sahaja while anak2 soleh ada lebih kurang 37org. Faci muslimat yg ber'anak' 12 ni pun dah pening kepala bagaimana pula dgn muslimin yg ber'anak' 37 itu. Huhu.. Walaubagaimanapun, tahniah buat semua atas kesabaran dan sifat keibubapaan rakan2 semua. Semoga kita semua mendapat tarbiah yang terbaik dari Allah.

Sehari setengah bersama anak2 peserta, benar2 mentarbiahkanku. Wajah2 ceria yg suci, masih tak mengerti erti kehidupan sebenar, masih terpelihara dari palitan dakwat hitam kehidupan luar benar2 menginsafkan diriku. Ya Allah, peliharalah mereka sentiasa! Jadikanla mereka kelak bakal para mujahid mujahidah-Mu.. Subhanallah..

Dari kepetahan berkata-kata hinggala ketelusan dalam berinteraksi, benar2 mengajarku. Inilah, kain putih yang dulunya aku hanya coretkan dalam karangan penulisan bahasa melayu sebagai sebuah perbandingan. “Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”. Inilah realiti kain putih itu.. Bersih, Suci, Murni, jauh sekali dari palitan2 cat kehidupan yg penuh kotoran. 

Sehingga menimbulkan tanda tanyaku siapakah gerangan ibu dan ayah mereka. Bagaimana didikan mereka sehingga corakkan yg terhasil sangat indah dan menyenangkan. Ya Allah, mampukah aku menjadi ibu seperti mereka. Mampukah aku kelak untuk menjaga amanah-Mu sebaik malah lebih baik dari itu. Alhamdulillah, akhirnya terjawab jua persoalan itu. Hanya dengan satu permainan ringkas yg dimainkan oleh tok masjid dgn anak2 peserta telah cukup untuk menjawab persoalanku itu. 

"Anak2 ini masih terpelihara dari anasir luar, masih suci fikirannya.. Sangat mudah untuk dibentuk dan sangat mudah untuk mengikut org sekelilingnya. Didikan terbaik untuk mereka adalah dgn menunjukkan akhlak yang baik bukan hanya dgn leteran yg melelahkan. KERANA APA YANG MEREKA LIHAT LEBIH KUAT DARI APA YANG MEREKA DENGARI.. Subhanallah!!

Kids, u teach me a lot and Allah teach me everything!
Miss u my dearie kids, may Allah protect u'll from the evil side of life..



No comments: