Saturday, April 9, 2011

Bersediakah?

Genap je usia mengundi, mulala pertanyaan parent macam peluru bertalu2 mempersoalkan tentang jodoh anak2 especially anak perempuan. Mane taknye, tengok jiran umah sebelah, kiri kanan depan belakang, kompang bergema 1 kampung, anak2 seusia kita masing2 dah nikah. Ibu bapa pun risau dan mulala nak keneng2kan anak2. Dan memang xdpt dinafikan, usia2 macam nilah puteri2 mula bercerita soal jodoh. But its normal la kan. Sampai ada kadang2 tu rase risau xmenentu. Risau xjumpe teman hidup. Lagi2 sahabat2 yang belajar kat menara gading ni, yang berpangkat tinggi apatah lagi. Maka, macam2la yang terjadi. 

Pernah sekali, doktor kami membangkitkan hal ni. Doktor kata, kalau jadi doktor lelaki ni lebih "laku dipasaran" berbanding doktor perempuan. Sebabnya mungkin kaum adam xsanggup berkongsi isteri dengan masyarakat. Jadinya, jangan memilih sangat kalau ada yang masuk meminang. Tapi janganlah main tangkap muat je. Selidikla dahulu, asalkan baik agama dan akhlaknya, minta petunjuk dari Allah (istikharah) insya-Allah terimalah dia seadanya. Bukanla bermaksud menggalakkan kahwin awal, tapi bagi yang mampu teruskanlah niat baikmu. Apa yang doktor kami nak sampaikan disini ialah tentang perancangan masa hadapan. Cube bayangkan, bila usia masuk 30an barulah sibuk nak mencari pastu bila umur dah dekat 50an anak baru nak masuk darjah satu. Silap haribulan, belum sempat nak didik anak2 dengan ilmu agama, kita dah pergi dulu. Ajal maut ditangan Tuhan.

Masing-masing sibuk bercerita tentang jodoh sampai terlupa yang sebenarnya masih banyak tanggungjawab yang belum terlaksana. Dah bersediakah kita untuk bina masjid? Diri sendiri tu dah terlaksanakah perkara2 wajib, dah istiqamahkah perkara2 sunat, dah adakah ilmu rumah tangga, dah belajarkah psikologi anak2 dan macam2 persoalan lagi. Dan yang paling penting, tahukah TUJUAN sebenar perkahwinan itu disyariatkan. Tapi ada sesetengahnya berpendapat, xpe kahwin je dulu nanti dah kawin tu pandailah diorang urus rumah tangga masing2. 

Sahabat2, mari kita fikirkan sejenak. Hm, bile nak exam je semua orang akan bertungkus lumus buat persediaankan. Boleh dikatakan setiap institusi pembelajaran mesti akan sediakan "revision week" before exam kan? Sebabnya semua orang nak lulus exam, so nak preparekan mental dan fizikal supaya boleh jawab exam nanti. Jadinya takla blank or blur sgt time nak jawab tu. Walaupun kadang2, kuasa Allah, bila2 mase je pun dia boleh hilangkan semua yang kita blaja. But then, still we are going to prepare ourself right. Cume yang lainnya bila jadi student medic ni, xde revision week. Tu yang kene owez be prepared. Maybe? I guest..

So, nak xnak, kita kenelah buat preparation for future. Lengkapkan diri dgn ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu mendidik anak2, dan macam2 ilmu lagilah. Tapi nanti ada pulak orang kata, aish tak kawinlah aku sebab banyak sgt ilmu nak kene ada. Takla sampai macamtu. Ilmu Allah ni sangat luas. Ibarat air di lautan. Kalau air lautan tu dijadikan dakwat, habis tujuh lautan pun masih belum cukup untuk menuliskan ilmu2 tu. Jadinya, sama2lah kita muhasabahkan diri. Fikir2kan.

Malah bukan sahaja ilmu yang perlu kita cari, tapi persediaan mental juga penting. Especially dari segi kekuatan rohani. Emosi perlu pandai dikawal, akhlak perlu diperbaiki, mana2 yang masih compang camping perlu dikemas dan dibersihkan. Akhlak dengan ibubapa, sahabat2, jiran2 semua itu mengajar kita cara membina hubungan yang baik. Pendek kata, hablumminallah hablumminannass perlu diperelok dan diperindahkan. Agar SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH dapat diperoleh dalam keluarga yang dibina. Kalau kita seorang yang keras hati, pemarah, beremosi, kuat merajuk, suka melawan maka hendaklah terlebih dahulu sifat2 itu diperbaiki. Ada satu ceramah yang saya dengar, penceramah tu kata, kalau nak uji tinggi mane kesabaran kita. Tanyalah pada diri, "Dah istiqamahkah kita untuk Qiamulail???". Semoga Allah memberikan kekuatan untuk same2 istiqamah. 

Yang menulis hanya insan kerdil yang sering melakukan kesalahan. Seperti seorang sahabat pernah katakan, apa yang paling kita takutkan ,bila apa yang kita sampaikan kita sendiri tak laksanakan. Semoga, kita sama2 dapat sedikit manfaat dari perkongsian. Jazakkallah...


No comments: