Friday, March 18, 2011

You're Beautiful, just d' way u're!

Suasana pagi nyaman sekali, ditambah  dgn kokokan ayam dan kicauan burung menambah ceriaku dipagi hari. Hari ini berbeza sekali dibandingkan pagi2 yg kulalui sebelum ini. Masakan tidak, dah lama aku tak pulang ke kampung. Kalau nak dibandingkan suasana kat tempat aku belaja, jangan haraplah nak dengar bunyi kokokan dan siulan burung. Bak kata tetua, " Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri ".. Hm, pagi ni ibuku mengajakku menemaninya untuk ke nursery bunga. Hasrat hati nak memetik bunga di taman buat penyeri laman di hati.. Hehe..


Sedang leka meninjau-ninjau kawasan nursey yang indah dgn bunga2, aku terlihat gelagat rama-rama yang asyik berterbangan. Sesetengah tu ada pula yang asyik menghisap madu dari bunga. Tersenyum aku dibuatnya. Memang tak dapat dinafikan, tiap mata yang memandang rama-rama pasti akan tersenyum akan keindahan ciptaan Allah itu. Ia bukan sahaja mengindahkan alam malah menyempurnakan sekuntum bunga. Daya penariknya mungkin terletak pada corak dan warna sayapnya, namun kecantikan itu takkan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya. Satu persatu warna dan coraknya akan luntur dan melekat pada jari yg menyentuhnya.

Tapi sedarkah kita, rama-rama itu ibarat wanita? Wanita indah untuk disentuh, namun nilai dirinya akan susut setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Kecantikan wanita itu bukan sahaja terletak pada kesopanan mahupun keayuannya namun ia lebih dari itu. Keindahan wanita itu terletak pada harga diri dan maruahnya. Tetapi untuk menjaga harga diri seornag wanita bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan itu diperoleh dgn jalan yang diredhai Allah.

Sebagai seorang srikandi islam, kita wajib menghargai nilai keindahan pemberian Allah ini menurut panduan Al-Quran dan As-sunnah. Sebenarnya amat mudah untuk seorang wanita itu masuk syurga namun ramai penghuni neraka adalah kaum hawa. Mungkin akan ada sesetengah pihak yang akan mengatakan,, "Why should I know@ Who care@ whatever... Of cozla, I kene tahu sbb I pun dari golongan yang dimaksudkan. Plus, Allah dah berikan kita jalan yang mudah untuk masuk syurga cume kite je yang kene usaha sikit je lagi.

Hadis Riwayat Ahmad:
" Apabila seorang wanita mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kpd suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana2 pintu yang disukai "

Wallahualam... semoga kita sama2 berusaha mencari and menuju redha Allah. 
Sebagai ingatan dan teguran buat diriku yang alpa juga buat sahabat2 muslimah seluruhnya. 

No comments: