~continue...
Setelah beberapa minggu dalam posting medicine, barulah ak sedar yang posting ni sebenarnya menarik..
Dah nak habis posting baru sedar.. ish3..teruk btul ak ni. Tapi alhamdulillah, mujur Allah bagi kesedaran. (^_^)...
Setiap hari yang ak lalui menjadikan ak seorng yg lbh menghargai nikmat kesihatan dan insan2 yg berada disekelilingku... Alhamdulillah..
Setelah penat mengambil maklumat2 pesakit, kami berehat seketika di sudut rehat. Terdetik di hatiku utk meninjau2 pesakit2 yang ak jumpa sehari sebelumnya. Dengan pantas ku mengatur langkah masuk ke dalam wad itu. Namun, ak sendiri tak berapa ingat katil no berapa pak cik tu sebab dah banyak sgt pesakit. Jadi ak mengambil keputusan utk melihat di hujung setiap katil. Sedang leka mencari2, tiba2 ak terlihat disuatu sudut terdapat sebuah katil yg tertutup rapat dgn kain curtain biru. Dengan tak semena-mena, hatiku berbunga riang kerana kusangka doktor sedang menjalankan prosedur ke atas pesakit disitu. Kuharap dapatla ak blaja prosedur baru pada hari itu.
Pantas dan bersemangat sekali hayunan langkahku. Setelah kudekati, ak menyelak sedikit curtain yg menutup katil tersebut. Namun, tiada seorg doktor pn yg kelihatan disitu hanya seorang pesakit yang sedang baring berselimut.
"Oh, tido agaknya pesakit ni," keluhku sambil kakiku menapak kembali dgn hati yg agak kecewa.
Namun, baru setapak dua aku berjalan, langkahku terhenti. Fikiranku ligat menafsirkan kata2ku sebentar tadi. Benarkah, pesakit itu sedang tidur. Kalau tidur kenapa berselimut sampai tutup muka. Seolah2 sedang tidur utk selama-lamanya.
Dengan langkah yang teragak2, ak memberanikan diri utk melihat keadaan dikatil itu sekali lagi. Kali ini barulah ak perasan, bantalnya telah dialihkan dan tgnnya juga telah diletakkan pada posisi yg betul. Sememangnya pesakit itu telah tidur utk selama-lamanya.. Innalillahi wainna illaihirajiun...
Ya Allah, begitu mudah Engkau mengambil nyawa hamba2Mu ini. Tidak lambat atau cepat walau sedetik. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan Yang Maha Kuasa. Ditangan MU segala Kekuasaan dan Kekuatan..
Ya Allah tempatkanlah mereka ditempat yang mulia..Aminn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Innalillahiwainna ilahiroojiuun
Allah bagi petunjuk dan peringatan pada kita, Entah bila waktu kita pula.
Post a Comment