Monday, May 17, 2010

Aku Dipanggil GURU DISIPLIN !

"Semua bangun !!!! Selamat Pagi Cikgu!," jeritan ketua kelas kami memecah kesunyian pada pagi itu.
"Selamat Pagi Cikgu!!!" laung kami sekelas, serentak dan bersemangat.
"Ok murid2, hari ni kita akan belajar tentang Bumi, Bulan dan Matahari. Sebelum itu, ada tak sesiapa yang tak sihat hari ini? Kalau ada yang tak sihat, bagitau cikgu segera ya. Sebab lepas ni kita akan menjalankan eksperimen membuat jam Matahari di padang sekolah." ceria sekali nada Cikgu Naimah.
" Yeah!!! Bestnya cikgu," sorak ahli Kelas 4 Kembara kegembiraan. Kelas mulai hingar bingar dengan gelak tawa kanak-kanak ribena kelasku.

"TOK..TOK..TOK.."
Ketukan pintu memecah kebisingan kelas. Kelas senyap sunyi seketika seolah-olah malaikat lalu. Kelihatan seorang ketua pelajar melangkah masuk setelah diizinkan guru. Dia membisikkan sesuatu kepada Cikgu Naimah sambil guruku mengangguk-angguk sebagai isyarat memahami kata-katanya. Seketika itu, guruku memanggil namaku.

" Nur Atirah !!! Sila ikut ketua pelajar sekarang. Cikgu Jasmin nak jumpa." kata-kata itu benar-benar mengecutkan perutku. Masakan tidak, Cikgu Jasmin itu adalah guru disiplinku. Ya Allah, apalah kesalahan yang telah aku lakukan. Hilang mood ceriaku hari itu. Seriusly, aku ni pelajar yang tak usik org atau pun diusik org. Pendek kata, 'budak baik' la katakan. ( Harap maaf ya para pembaca, terpaksa masuk bakul angkat sendiri. Untuk stress kan bagaimana perasaan seorang yg innoncent pabila dipanggil guru disiplin yang digambarkan sebagai seorang yang paling bengis dan garang dalam institusi sekolah rendah. )

Dengan langkah yang sengaja dilambat-lambatkan, mindaku berputar ligat mencari asbab kenapa aku dipanggil guru disiplin. Aku juga insan biasa, mungkin juga ada khilafnya yang aku tak sedari. Ya Allah, 'heart rate' dah semakin bertambah. Silap hari bulan boleh 'collapse' dibuatnya. Akhirnya aku gagal mencari  sebabnya. Setibanya dikelas senior, guru disiplin yang sedang mengajar kelas tersebut memanggilku masuk.
Kuberanikan jua kaki melangkah walaupun ketakutan mula menguasai diri.
"Tirah, ko tak buat salah, buatpe nak takut," monologku sendirian memujuk hati.

"Assalamualaikum cikgu," sapaku.
" Waalaikummusalam.. Awak Nur Atirah bt Salaudin ye? Hm, awak tahu tak apa kesalahan yang awak dah buat ni?" tanya guruku dengan nada sinis.
" Hm, maaf cikgu. Saya tak tahu apa salah saya. Boleh saya tahu, kenapa cikgu panggil saya? " jawabku tersipu-sipu menahan rasa malu apabila menyedari beberapa mata liar sedang memerhatikan aku dihadapan.
" Ha, kamu tu dah siap belum kerja yang saya suruh buat tadi! " sergah guru muda itu kpd anak muridnya seolah-olah dapat membaca isi hatiku.

Masya-Allah...bertambah mengigil aku dibuatnya. Cikgu ni pun satu, nak kaunsel aku pun biarlah kat dalam bilik guru. Tak la aku rase seperti takde muka macam sekarang ni. Takpe2, aku xbuat salah, buatpe nak malu. Bisikku didalam hati.

" Ai, takkan awak tak tahu kesalahan sendiri. Hm, dah besar nanti awak nak jadi apa ya?" tanya guru itu sambil tersenyum.
" Hm. Saya nak jadi doktor, cikgu, " jawabku dgn nada tersekat-sekat.
" Oh, bagus tu jadi doktor. Saya ingatkan awak nak jadi postman. Dah lama ke awak jadi postman ni? " balas guruku bersahaja.

Ya Allah. Tak tertanggung lagi rasa malu tatkala itu. Ditambah dengan senyuman dan gelak kecil abang-abang senior yang memasang telinga mencuri dengar perbualan kami. Sewaktu itu, barulah aku sedar apakah yang dimaksudkan guru disiplin dan asbab aku dipanggil olehnya. 

...bersambung for next entry...

No comments: